Kejohanan Merentas Desa MSSD Kuala Langat

Pada Tahun 2017 ini SKSK telah terpilih sebagai tuan rumah Kejohanan Merentas Desa MSSD Kuala Langat yang berlangsung pada hari Selasa, 24 Januari 2017. Berikut adalah gambara-gambar sekitar hari kejohanan tersebut.

1494469608843

Majlis penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Dato’ Hj Marsum bin Paing. Walaupun cuaca pada hari itu hujan tetapi kejohanan telah dapat dijayakan dengan sempurna. Tahniah diucapkan kepada SKSK.

Kejohanan Merentas Desa SKSK 2017

Pada 18 Januari 2017, SKSK telah melaksanakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah dengan jayanya. Semua murid tahap dua diwajibkan menyertai. Pemenang akan terpilih untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa MSSD Kuala Langat yang akan diadakan di SKSK pada 24 Januari nanti.1494478987629

Hari Sukan Negara

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Bagi menyokong inisiatif Kementerian Belia dan Sukan itu, SKSK akan turut mengadakan Hari Sukan Negara peringkat sekolah pada hari Sabtu ini 8 Oktober 2016. Pelbagai aktiviti sukan dan pertandingan telah dirancang untuk diadakan antaranya sukaneka, larian 100 meter, bola sepak dan bola jaring. Bagi membolehkan acara berjalan lancar, akan diadakan latihan sepanjang minggu ini. Oleh itu persiapan padang juga telah dimulakan seawal yang mungkin.

Cabaran hari pertama. Terima kasih Welding Sg Kelambu kerana sudi membetulkannya tanpa apa-apa bayaran.

Pengukuran padang untuk membuat garisan sedang dijalankan.

Pengukuran padang bola jaring.

Proses membuat garisan sedang dilakukan.

En Ahmad Faidz sedang menolak troli penggelek bagi menghasilkan garisan.

Alhamdulillah garisan padang telah berjaya disiapkan. Semoga semuanya berjalan lancar.

Guru Cemerlang, Murid Gemilang, Sekolah Terbilang

Guru Cemerlang, Murid Gemilang, Sekolah Terbilang adalah satu program untuk guru-guru bagi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan SKSK. Untuk program ini, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Tn Hj A. Rahman bin Hj Ngit, telah dijemput bagi memberi teknik-teknik budaya kerja cemerlang. Program ini telah diadakakn pada 28 September 2016 jam 2.30 petang. 

Ucapan Guru Besar SKSK

Tn Hj A. Rahman memberi motivasi.

Guru-guru tekun mendengar penyampain Tn Hj A. Rahman.

Penyampaian cenderahati kepada Tn Hj A. Rahman

Terima kasih kepada Tn Hj A. Rahman bin Hj Ngit kerana sudi datang memberi tips-tips, taklimat dan motivasi kepada guru-guru SKSK. Diharapkan semua yang disampaikan oleh Tn Hj A. Rahman memberi manfaat kepada guru-guru SKSK dan seterusnya membawa kepada peningkatan prestasi SKSK pada masa hadapan. 

Sekitar Penutupan Bulan Kemerdekaan 2016

Alhamdulillah Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan dengan jayanya mengikut seperti apa yang telah dirancang. Berikut disajikan gambar-gambar sekitar majlis semasa ia berlangsung untuk tatapan semua.

Bacaan Surah Yasin mingguan.

Pertandingan basikal berhias.

Ucapan Guru Besar SKSK.

Peserta-peserta pakaian beragam.

Deklamasi sajak oleh adik Alisya.

Juara pertandingan basikal berhias adik Ibnu.

Juara pertandingan pakaian beragam adik Hanny.

Juara Kelas Merdeka Tahap 2 kelas 5 Jaya diwakili adik Syukri, Ketua Kelas.

Juara Kelas Merdeka Tahap 1 kelas 2 Maju diwakili adik Aufa, Ketua Kelas.

Naib Juara Kelas Merdeka kelas 1 Jaya diwakili adik Iqbal, Ketua Kelas.

Perarakan Merdeka SKSK

Gerbang Merdeka SKSK

Wau SKSK

Sehati Sejiwa

Replika kapal SKSK