Penutupan Bulan Kemerdekaan 2016

     Penutup Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada hari esok iaitu Jumaat 22 September 2016. Pelbagai acara dan pertandingan akan dijalankan seperti pakaian beragam, basikal berhias dan pertandingan deklamasi sajak. Program tersebut akan bermula pada pukul 7.30 pagi dengan bacaan Yasin mingguan.

     Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat serta diharap dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan murid dan guru.

     Objektif program ini adalah menerapkan nilai-nilai murni, melahirkan murid yang kreatif dan inovatif dan menghargai jasa pejuang kemerdekaan negara. Sasaran program ini adalah warga SKSK.

Kejohanan Bola Tampar 2016

Pada 1 September 2016, SKSK telah menyertai Kejohanan Bola Tampar KATMO Bawah 10 Tahun Daerah Kuala Langat dan berjaya menjadi johan untuk peserta lelaki dan tempat ketiga untuk peserta perempuan. Kejohanan telah diadakan di Dewan Seri Jugra, Telok Datok. Tahniah diucapkan kepada team bola tampar SKSK yang diketuai oleh jurulatih En Ahmad Faidz dan Puan Norazah serta Puan Roszulaifah.

Mengimbas kembali sejarah kecemerlangan SKSK di dalam permainan bola tampar telah bermula sejak tahun 2014 di mana pada tahun tersebut SKSK telah menjadi juara Kejohanan Bola Tampar Daerah Bawah 12 Tahun untuk kategori lelaki dibawah latihan En Muzamil Boriak yang kini bertugas di PPD Kuala Langat. Kemudian pada tahun 2015, En Ahmad Faidz berjaya membawa SKSK menjuarai Kejohanan Bola Tampar KATMO Daerah dan kategori perempuan berjaya mendapat tempat ketiga Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 Tahun.

img-20160901-wa0024

Team Lelaki dan Perempuan bergambar selepas majlis penyampaian pingat.

20160901_160939

Perlawanan akhir menentang SK Sg Bumbun (A) sambil disaksikan oleh Guru Besar SKSK dan Penolong Kanan Koko.

img-20160901-wa0026

Bergambar bersama Guru Besar dan Penolong Kanan Koko.

Selain itu, beberapa orang murid SKSK, lelaki dan perempuan, telah terpilih untuk mewakili daerah Kuala Langat pada kejohanan di peringkat negeri yang bakal diadakan di Gombak. Semoga kecemerlangan Bola Tampar  sebagai satu kebitaraan SKSK dapat diteruskan pada masa akan datang.

Perkhemahan Unit Beruniform SKSK 2016

Pada 21 & 22 Mei yang lepas telah diadakan Perkhemahan Unit Beruniform SKSK yang melibatkan semua murid Tahap 2. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan antaranya pertandingan gajet, persembahan malam kebudayaan, kembara malam, flying fox, paintball dan sebagainya. Murid-murid kelihatan amat gembira sepanjang perkhemahan berjalan.

Pertandingan gajet di mana murid perlu mengjasiljan tripod yang kukuh dan kemas.

Merela perlu bekerjasam dalam kumpulan untuk menghasilkan gajet yang memenuhi ciri-curi yang telah ditetapkan.

Kembara Malam di mana murid-murid perlu berjalan pada waktu malam dengan mata tertutup.

Kemudian mereka perlu menyusur mengikut tali dalam kumpulan.

Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu 2012

Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu telah diadakan dengan jayanya pada 9 dan 10 Jun 2012. Semua warga termasuk murid-murid telah terlibat dalam temasya sukan ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana semuanya berjalan lancar tanpa insiden-insiden yang tidak diingini berlaku.

Pelbagai acara sukan telah diadakan bagi mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan. Selain daripada acara-acara sukan, turut diadakan adalah acara-acara sukaneka bukan sahaja untuk murid-murid tetapi juga untuk para ibu bapa dan para belia – beliawanis yang turut hadir memeriahkan temasya sukan sekolah pada kali ini.

Juara bagi temasya sukan pada kali ini adalah rumah Kuning. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya meraih pingat dan memenangi hadiah bagi acara-acara yang telah dijalankan. Bagi yang kurang bernasib baik diharap tidak kecewa dan terus berusaha untuk menyaingi pemenang-pemenang pada tahun ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak. Sebarang salah dan silap harap dimaafkan. Insyaallah tahun depan kita bertemu lagi.