Hari Sukan Negara

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Bagi menyokong inisiatif Kementerian Belia dan Sukan itu, SKSK akan turut mengadakan Hari Sukan Negara peringkat sekolah pada hari Sabtu ini 8 Oktober 2016. Pelbagai aktiviti sukan dan pertandingan telah dirancang untuk diadakan antaranya sukaneka, larian 100 meter, bola sepak dan bola jaring. Bagi membolehkan acara berjalan lancar, akan diadakan latihan sepanjang minggu ini. Oleh itu persiapan padang juga telah dimulakan seawal yang mungkin.

Cabaran hari pertama. Terima kasih Welding Sg Kelambu kerana sudi membetulkannya tanpa apa-apa bayaran.

Pengukuran padang untuk membuat garisan sedang dijalankan.

Pengukuran padang bola jaring.

Proses membuat garisan sedang dilakukan.

En Ahmad Faidz sedang menolak troli penggelek bagi menghasilkan garisan.

Alhamdulillah garisan padang telah berjaya disiapkan. Semoga semuanya berjalan lancar.

Guru Cemerlang, Murid Gemilang, Sekolah Terbilang

wp-image-1294504621jpg.jpeg

Guru Cemerlang, Murid Gemilang, Sekolah Terbilang adalah satu program untuk guru-guru bagi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan SKSK. Untuk program ini, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Tn Hj A. Rahman bin Hj Ngit, telah dijemput bagi memberi teknik-teknik budaya kerja cemerlang. Program ini telah diadakakn pada 28 September 2016 jam 2.30 petang. 

Ucapan Guru Besar SKSK

Tn Hj A. Rahman memberi motivasi.

Guru-guru tekun mendengar penyampain Tn Hj A. Rahman.

Penyampaian cenderahati kepada Tn Hj A. Rahman

Terima kasih kepada Tn Hj A. Rahman bin Hj Ngit kerana sudi datang memberi tips-tips, taklimat dan motivasi kepada guru-guru SKSK. Diharapkan semua yang disampaikan oleh Tn Hj A. Rahman memberi manfaat kepada guru-guru SKSK dan seterusnya membawa kepada peningkatan prestasi SKSK pada masa hadapan. 

Sekitar Penutupan Bulan Kemerdekaan 2016

wp-image-2010591325jpg.jpeg

Alhamdulillah Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan dengan jayanya mengikut seperti apa yang telah dirancang. Berikut disajikan gambar-gambar sekitar majlis semasa ia berlangsung untuk tatapan semua.

Bacaan Surah Yasin mingguan.

Pertandingan basikal berhias.

Ucapan Guru Besar SKSK.

Peserta-peserta pakaian beragam.

Deklamasi sajak oleh adik Alisya.

Juara pertandingan basikal berhias adik Ibnu.

Juara pertandingan pakaian beragam adik Hanny.

Juara Kelas Merdeka Tahap 2 kelas 5 Jaya diwakili adik Syukri, Ketua Kelas.

Juara Kelas Merdeka Tahap 1 kelas 2 Maju diwakili adik Aufa, Ketua Kelas.

Naib Juara Kelas Merdeka kelas 1 Jaya diwakili adik Iqbal, Ketua Kelas.

Perarakan Merdeka SKSK

Gerbang Merdeka SKSK

Wau SKSK

Sehati Sejiwa

Replika kapal SKSK

Penutupan Bulan Kemerdekaan 2016

     Penutup Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada hari esok iaitu Jumaat 22 September 2016. Pelbagai acara dan pertandingan akan dijalankan seperti pakaian beragam, basikal berhias dan pertandingan deklamasi sajak. Program tersebut akan bermula pada pukul 7.30 pagi dengan bacaan Yasin mingguan.

     Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat serta diharap dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan murid dan guru.

     Objektif program ini adalah menerapkan nilai-nilai murni, melahirkan murid yang kreatif dan inovatif dan menghargai jasa pejuang kemerdekaan negara. Sasaran program ini adalah warga SKSK.

Kejohanan Bola Tampar 2016

20160901_160939

Pada 1 September 2016, SKSK telah menyertai Kejohanan Bola Tampar KATMO Bawah 10 Tahun Daerah Kuala Langat dan berjaya menjadi johan untuk peserta lelaki dan tempat ketiga untuk peserta perempuan. Kejohanan telah diadakan di Dewan Seri Jugra, Telok Datok. Tahniah diucapkan kepada team bola tampar SKSK yang diketuai oleh jurulatih En Ahmad Faidz dan Puan Norazah serta Puan Roszulaifah.

Mengimbas kembali sejarah kecemerlangan SKSK di dalam permainan bola tampar telah bermula sejak tahun 2014 di mana pada tahun tersebut SKSK telah menjadi juara Kejohanan Bola Tampar Daerah Bawah 12 Tahun untuk kategori lelaki dibawah latihan En Muzamil Boriak yang kini bertugas di PPD Kuala Langat. Kemudian pada tahun 2015, En Ahmad Faidz berjaya membawa SKSK menjuarai Kejohanan Bola Tampar KATMO Daerah dan kategori perempuan berjaya mendapat tempat ketiga Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 Tahun.

img-20160901-wa0024

Team Lelaki dan Perempuan bergambar selepas majlis penyampaian pingat.

20160901_160939

Perlawanan akhir menentang SK Sg Bumbun (A) sambil disaksikan oleh Guru Besar SKSK dan Penolong Kanan Koko.

img-20160901-wa0026

Bergambar bersama Guru Besar dan Penolong Kanan Koko.

Selain itu, beberapa orang murid SKSK, lelaki dan perempuan, telah terpilih untuk mewakili daerah Kuala Langat pada kejohanan di peringkat negeri yang bakal diadakan di Gombak. Semoga kecemerlangan Bola Tampar  sebagai satu kebitaraan SKSK dapat diteruskan pada masa akan datang.